HOME

Monday 28 October 2013

Keluar dari Zon Selesa

Apa itu 'Comfort Zone' atau Zon Selesa? ...Satu keadaan di mana anda berada dalam keadaan yang sangat selesa. Sebabnya perasaan MALAS, TAKUT GAGAL, TAKUT TANGGUNG RISIKO, MALU !!! Macam-macam alasa lagi kita dengarkan. Bila rasa MALAS menguasai diri, kita tak akan keluar dari ZON SELESA Ini adalah normal bagi semua orang. Setiap kali keluar dari zon selesa, secara psikologi akan menarik kita kembali ke zon selesa kita. 


Macamana nak mengatasi semua tu?

Nak keluar dari zon selesa, tapi tak tahu cara. Okay! Caranya ialah dengan keluar sedikit demi sedikit dan tetapkan hati atau istiqomah dengan keadaan baru tersebut dan lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah ikut keadaan semasa anda. Boleh?



Saya dah lama menannti peluang untuk keluar dari zon selesa ini, tapi ALASAN di atas selalu saja bermain dalam kotak fikiran saya. Akhirnya usaha terbantut. Dah beberapa kali mencuba tapi gagal, membuatkan saya putus asa. 



Satu hari dengan izinNya, peluang terbuka luas, saya beranikan diri untuk keluiar dari zon selesa saya. bermula dengan satu langkah, saya nak berjaya. Sebab bila dah bermula baru kita tahu steps seterusnya. Saya dah nampak hala tuju saya. Saya nak mencapai impian saya. Saya nak berjaya. Alhamdulillah. Syukur dengan NikmatNya. 




Jom bersama-sama menuju kejayaan. 
Salam Sayang

No comments:

Post a Comment